Sabtu, 30 April 2011

Berbicara soal JODOH : DOA



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah jika dia benar untuk ku.. Dekatkan lah Hatinya dengan Hatiku..
Jika dia bukan milikku.. Damaikanlah Hatiku dengan ketentuan Mu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
Jodoh.. Tiap-Tiap Manusia di muka bumi ini telah ditulis jdoh nya di dalam kitab Lah Maffuz..
Ada yang bertemu dengan jodoh nya.. Ada juga yang tak..
Mungkin tidak di dunia.. Tapi diSana nanti..
Andai kau ketemu jodoh mu,syukuri.. andai belum.. sabar dan usaha lagi..
Andai tidak ketemu lagi.. Jangan berdoa seperti ini..

Sesungguhnya apa yang kita kata itu adalah satu doa..
Makanya,berkata lah yang baik-baik dan doakan saudara kita juga dengan doa yang baik-baik..
Sadis sungguh doa yang dia Doakan tuh.. Nak tau?? Tarik ke bawah.. HEHE


Jodoh itu ada Tiga..

Jodoh dari syaitan..
berkenalan , berpengangan tangan , berbuat maksiat , mengandung dan bernikah..

Jodoh dari Jin..
Berkenalan , bertemu , bertepuk sebelah tangan , dibomohkan sebelah pihak agar tangan berbunyi bila ditepuk , dan berkahwin..

Jodoh Dari Allah swt..
Cinta berputik , merisik , dan terus bernikah.. Nikmat nya syurga cinta..






DOA..







Ini pula DOA dipercepatkan Jodoh.. Tapi........ HUHU

________________________________________________

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku, 
dekatkanlah...

Tapi kalau bukan jodohku, 
Jodohkanlah....

Jika dia tidak berjodoh denganku, 
Maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku, 
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku, 
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, 
Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, 
Jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain, 
Putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku.... 
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, 
Biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan 
Kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku


p/s : Jangan buat macam nie.. Tak baik ! haha
________________________________________________






p/s : Bertemu , berpisah , jodoh , Maut.. semuanya Ketentuan Illahi..  ^_^


Jumaat, 29 April 2011

Medan Imam muda ( 1 ) Tiada penyingkiran



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..



29-04-2011

Medan Imam muda bersiaran buat pertama kalinya pada jam9 malam di astro oasis.



Medan Imam muda bersiaran setiap hari jumaat.
Para imam muda memulakan medan dengan mengalunkan alunan nasyid.

Dihoskan oleh hj.dzulkarnain hj hamzah.Hos terdahulu meneruskan pengacaraan untuk musim kedua.

Format imam muda musim kedua sama seperti musim pertama dimana penjurian diambil kira dengan 50% ujian bertulis 50% ujian praktikal yang di adili oleh Mudim dan juga para mursyid.



MEDAN IMAM MUDA PERTAMA : 



TUGASAN : KELAHIRAN 

Pembukaan rancangan medan imam muda dipaparkan dengan Kejadian buang bayi yang terjadi dimana ditemui mayat seorang bayi yang dicampak ke dalam longkang.
Kejadian itu turut di ulas dan diberi hujah oleh beberapa orang Imam Muda.

Tugasan kali pertama nya ialah , mengalunkan azan dan iqamah kepada kelahiran bayi yang baru lahir.
Tapi perubahan dibuat oleh mudim dan mursyid dengan menukarkan tugasan dari ke PUSRAWI ke KEWAJA. KEWAJA merupakan pusat dimana terletaknya para wanita yang dianiaya/mengandung tanpa suami.

Para Imam muda diberi Tugasan untuk memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada para penghuni kewaja yang didiami oleh wanita mengandung yang dianiaya.
Tugasan ini adalah untuk mengurangkan sedikit sebanyak gejala/penyakit pembuangan bayi yang terjadi kebelakangan ini.



PENYINGKIRAN :

Tiada penyingkiran







INFO TAMBAHAN:  Isteri Imam Muda Azlan mengalami keguguran ketika program berlangsung.






Saya Kawan Dia , Dia tU Kawan pada Kawan saya..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau banyak kawan dan disanjung tapi Allah benci , tak guna…
macam Firaun, Haman dan Qarun

Kalau tak banyak kawan, dikeji, dihina tapi Allah sayang , Alhamdulillah… 
Macam nabi Isa danNabi2 yg lain

Kalau banyak kawan, disanjung dan Allah juga sayang, Subhanalllah… 
Macam Nabi kita, Nabi Muhammad saw

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

Time dok buat entry nie.. dok depan laptop dalam opis sambil lepas makan maggie.. Syukur lah dapat juga makan.. Hutak dalam keadaan yang agak tidak terkawal..
so,paham lah sudah kenapa saya makan maggie jak kan.. sebab saya memang nak makan..
Makna nya.. Macam-macam akan tertaip dan akan terjadi dalam entry ini..
Sebab aqal dalam badan saya tidak sebati..
so,Ku sarankan sebelum baca entry ini.. Baik sebelum tuh anda baca 
بسم الله الرحمن الرحيم


Nak berbicara soal Kawan.. APA ITU KAWAN???

Apa itu kawan? Apa itu kawan baik? Apa itu kawan sejati?

Dan apa itu kawan istimewa/kekasih?


Ada org lebih pentingkan kawan dari kekasih..

Ada org lebih pentingkan kawan dari mak bapa..

Ada org lebih pentingkan kawan dari dirinya sendiri..
Dan ada yang berkata “biar putus cinta, jgn putus kawan”




________________________________________________
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit......

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ....

kata sedara,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata..

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan..

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takdaq..
Tak kira lah kata sesiapa pun.. Sebab nya siapa-siapa akan kata macam tuh..
________________________________________________



kata dy Rahman plak??
kawan ku tuh tak kisahlah macam mana sekalipun.. Sebab aku bukan siapa-siapa nak demand kawan dengan sesiapa pun.. harus sedar diri !
walaupun dia IBARAt LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!

dia tetap kawan.. Sebab kenyataan nya memang semuanya akan jadi satu..
jadi lebah.. jadi bunga.. jadi air.. jadi bulan.. jadi lembu.. jadi durian.. jadi biskut..

walaupun kita punya kekasih, tapi kawan tetap paling setia.

walaupun kita punya harta yg banyak,teman tetap paling berharga.
(xde list quotation price dalam berkawan nie)



Dalam persahabatan juga perlukan kejujuran.. kejujuran dalam persahabatan yang umpamanya..
"seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam pada waktu malam yang pekat di dalam gua yang gelap sedang menari-nari"



Samaada kawan , ataupun rakan , ataupun sahabat.. 
Dia tetap satu maksud dan pengertian yang agak sama.
keperluan antara satu sama yang lain. Bagi dy, sesiapa saja adalah kawan kita. Yakni orang yang baru kita jumpa itu jugak adalah kawan kita walau x dilafazkan secara ijab yang dia tuh kawan kita.Tapi dalam konteks diri dan dalaman diri.. Bila kita berjumpa atau bertemu dengan seseorang makna nya kita akan belajar sesuatu yang baru tentang diri kita sendiri. Belajar memperbaiki , belajar ego , belajar dan belajar lagi dari orang yang baru kita ketemu atau pun kenal. Tak percaya ??? Percaya lah...
So.. Kadang kita tak leh jugak nak salahkan kawan kita bila dia tak buat cara berkawan seperti sebelum-sebelum nya..
sedar kah kita yang kita pun sama??.. Kita punya ramai kawan.. dikelilingi oleh ramai kawan dari banyak jenis kawan yang berbeza.. begitu juga dengan kawan kita.. kalau rasa nak kawan kita ada sentiasa pada kita.. Tanya diri sendiri.. Adakah aku selalu ada tika dia perlukan aku??
Kita tidak pernah akan memenuhi segala kehendak kawan kita.. sebab kudrat kita tidak setinggi mana..
begitu juga dengan kawan kita.. Jangan diharap yang tinggi kalau diri sendiri pun tak tinggi mana..
maksud dy,kemampuan dan kehendak dan keperluan.. HEHE
Makna nya,jangan mengharap kawan baik pada kita sebab kita belum tentu baik pada kawan kita sendiri..
Buat yang terbaik , jadi kawan akan rasa dihargai dan akan....... Buat baik juga!.. hehe
satu jangan korang lupa.. MUSUH korang tuh adalah kawan dalam tapok-tapok..
tapok-tapok itu maksudnya sembunyi-sembunyi.. HEHE
DIA juga banyak menyumbang pada perubahan kamu.. Itu KAWAN..

Kawan yang sebenar adalah kawan yang memberitahu kita kekurangan dan keburukan kita dan bersedia membantu kita memperbaiki diri dengan komen2 yg konstruktif..
Paling penting, kawan yang sentiasa membawa kita mengingati padaNYA..

Cukup sudah kemerepekkan saya dikala hutak sedang tidak stabil..
Entry diatas kutujukan kepada diriku sendiri terutama nya.. Agar sentiasa muhasabah diri yang aku bukan seorang saja kawan pada kawan aku di dunia ini.. HEHE


Khamis, 28 April 2011

Daging LEMBU itu Daging BABI ??




بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
Macam-macam ada...
Lepas TELUR AYAM dipalsukan ( kLik siNi ),ada lagi satu kes terbaru dimana DAGING LEMBU plak dipalsukan??? adeh !..

Yang tak leh blah.. Dipalsukan dengan Menggunakan DAGING BABI.. erm~



Ok jom nak terangkan, "ekstrak daging lembu" ialah bahan aditif yang digunakan oleh pelbagai restoran kecil di sekitar Hefei untuk membuat daging lembu tiruan dengan menukar daging babi menjadi daging lembu dengan hanya mengambil masa selama 90 minit!

Produk "ajaib" ini telah menjadi sangat popular di restoran2 kecil di Hefei, Fujian, Jianxi dan tempat-tempat lain di seluruh China. Sebab utamanya adalah kerana daging lembu dua kali lebih mahal dari daging babi. Daging lembu dijual sekitar 20 yuan, sedangkan kos daging babi hanya 10 yuan, beberapa pemilik restoran cenderung untuk membeli satu liter "ekstrak daging lembu" yang berharga 45 yuan untuk membuat daging tiruan dan menggunakannya untuk memaksimumkan keuntungan
p/s : Terima kasih Budak Botak



Nak tengok macam mana pengekstrakkan ini berlaku??
jom layan..

 1. Extrak yang berkualiti digunakan untuk proses ini.


 2. Glazing agent digunakan bagi membuangkan rasa daging babi itu. Paket yang kecil ini sesuai untuk 50kg daging babi.


 3. Pengasinan daging babi dalam pinggan selepas itu ditambah ekstrak daging lembu.


 4. Perbandingan daging babi yang telah dicampur ekstrak daging lembu dengan daging yang belum dicampur ekstrak.


 5.  Perbandingan daging babi asli dan daging lembu palsu selepas 2 jam memasak. Daging babi yang dicampurkan ekstrak daging lembu kelihatan mirip dengan daging lembu asli.



SATU LAGI CARA PENGEKSTRAKAN DAGING BABI KEPADA DAGING LEMBU :

 1. Daging babi dipotong.


 2.  Tambah ekstrak daging lembu ia membolehkan daging babi untuk mendapatkan rasa daging lembu.

Setelah setengah jam, daging babi menjadi warna coklat.

Kemudian masukkan daging babi ke dalam air mendidih untuk memasak. Warna daging babi akan menjadi lebih gelap.



 3.  Tambah ”serbuk daging lembu” siap pada daging babi, kemudian tambah karamel.


 4. Setelah selesai, daging babi akan berubah, warna nampak seperti kicap direbus dengan daging lembu, dengan aroma daging lembu.



5. Proses terakhir ni nampak seperti daging lembu yang direbus.






P/S :
Kepada anda yang mula risau dengan paparan ini, bawak bertenang kerana proses penukaran daging babi kepada daging lembu tidak terdapat di negara kita. Ia baru sahaja dikesan di negara seperti China dan Taiwan. Jadi tidak perlu risau, cuma perlu berwaspada dengan daging import. 



Nusaibah : ana sudi menjadi isteri kedua enta..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." 
(Al-Qur'an, Surah an-Nisa ayat 3)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..

POLIGAMI??  ISTERI BERMADU?? 
-hehehe-
dy nak sampaikan satu cerita berkaitan MADU2 nie.. Kiranya,lucu juga lah.. Tapi ada mesej dan perkongsian yang nak disampaikan.. Bukan cerita kosong.. hehe.. sebelum tuh,bek kita amik dan kongsi sedikit ilmu berkaitan poligami nie dulu..



Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi.
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)



SYARAT BERPOLIGAMI :

Berkemampuan untuk menanggung Nafkah zahir dan batin isteri-isteri dan anak-anak..

Berlaku ADIL..
-Berlaku adil dalam menyediakan kediaman..
-berlaku adil dalam giliran bermalam..
-Berlaku adil dalam bermsafir..

p/s ; Ustazah dy pernah cakap..
Nak berpoligami.. Kalau isteri pertama rumah banglo.. isteri yang lain pun kena banglo jugak..
Kalau isteri pertama sofa empuk , isteri yang lain2 kena macam tuh jugak..
Tak leh bagi kusyen murah plak.. itu dah x berlaku adil..
Semuanya kena serba-serbi adil.. MAMPU kah anda??? hehehe

Nak lebih lanjut kLik siNi



MANFAAT BERPOLIGAMI :
     Sebenarnya banyak manafaat yang boleh diambil dari poligami ini atas sebab ia disyariatkan oleh Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana yang mengetahui kebaikan yang tersembunyi tanpa tercapai oleh ilmu dan pemikiran manusia. Manfaat yang dapat kita ambil dari kebaikan poligami ini adalah seperti berikut :



     a. Bagi isteri yang telah lanjut usia dan mengalami kesakitan, ia akan menyebabkan si suami hilang tumpuan dari segi batin, caranya dengan berpoligami bagi mengelak dia membuat perkara yang dilarang di sisi Islam;

     b. Menambahkan hubungan antara keluarga dengan ikatan yang dibuat;

     c. Kehormatan wanita akan terjaga bila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri;

     d. Mengelak berlakunya perzinaan terutamanya kaum lelaki yang akan menyalurkan keinginan nafsunya ke tempat yang haram.
     e. Mengelakkan perceraian bila terdapat isteri-isteri yang tidak dapat melahirkan anak;
     f. Kebanyakan lelaki yang sering bermusafir ia memberi manafaat kerana tidak melakukan perzinaan apabila dia amat memerlukan;
g. Bagi isteri-isteri yang kematian suami, mereka dibantu oleh para suami dengan berpoligami;
  h. Memberi kesempatan yang lebih besar untuk para isteri beramal apabila giliran isteri yang kedua;
  i. Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan antara isteri-isteri digilirkan;    
 j. Menambahkan keturunan-keturunan;




Ini cerita yang dy nak sampaikan sebenar nya.. HEHE..

________________________________________________

Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya – ”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


Perjuangan,” jawab Fikri.



________________________________________________



p/s :
wanita ada rasa fobia sikit nak dengar perkataan bermadu aka poligami kan?? 
kan dah salah paham.. HEHE