Selasa, 19 April 2011

GEMPAR : Imam Mahdi Muncul di Makkah ??


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.”
(HR. Thabrani)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..
Terkejut juga bilamana membolgwalking,tetiba terlihat tajuk entry yang agak mengejutkan.
Imam mahdi berada di makkah?? Rupa-rupa nya...... HEHE


Gempar!!! Begitulah suasana yang dapat digambarkan pada petang 12 April semasa solat Asar.Menurut sumber yang dipercayai,seorang lelaki warganegara Mesir telah merampas mikrofon semasa permulaan solat asar yang diimani oleh Syeikh Abdullah Al-Juhany lalu mangatakan dirinya
 “Akulah Mahdi yang ditungu-tungukan…..Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggukan…”

Suaranya dapat didengari oleh seluruh jemaah yang sedang solat asar di Masjid Haram pada ketika itu.Polis yang menjaga Masjid Haram telah menahannya untuk disoal siasat.Lelaki tersebut dipercayai datang untuk menunaikan umrah atau merupakan pendatang secara haram di Arab Saudi dan dipercayai mempunyai masalah mental.Solat Asar pada hari tersebut dapat ditunaikan seperti biasa kerana kecekapan polis Masjid Haram menyelesaikan masalah tersebut.


Sumber :








p/s :

Salah satu Ciri sifat Imam Mahdi adalah pada awalnya ia tidak mengaku ia Imam Mahdi. Imam Mahadi ialah seorang hamba Allah yg Zuhud dan tidak takbur untuk menyatakan dirinya adalah Imam Mahadi yg sebenarnya.Hadith perlu dirungkai untuk memahami kesahihan kehadiran Imam Mahdi,namun kehadirannya suatu hari nanti adalah hakikat.

1 ulasan:

ArtPixel Studio. berkata...

Takut bila dengar benda2 macam ni, sebab belum cukup iman di dada... sepatutnya kita bersedia akan kematian... SubhanAllah...