Selasa, 26 April 2011

Senja Nan Merah



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt~
Entry kaLi nie , sekadar nak share gambar time dy merantau jauh ke keningau.. Jauh lah sangat kan.. hehe.. 
Perjalanan dari keningau ke KK melalui Jalan Kimanis..
Serius , dy teruja tengok matahari Terbenam di lautan banjaran crocker..



Sedikit info :

Banjaran Crocker adalah banjaran gunung di pulau Borneo. Ia terletak dalam negeri SabahMalaysiaGunung Kinabalu, gunung tertinggi Borneo terletak di banjaran ini.


Gunung Kinabalu yang terletak di SabahMalaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneoyang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara[2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.

Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak JayaPuncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
sumber : En.Wikipedia..









 : Gunung Kinabalu :

.






Indah ciptaan Tuhan.. Subhanallah..




2 ulasan:

Unknown berkata...

amazing..!!cantikkkk gilaaaa..xD

tH berkata...

bestnyer...