Isnin, 4 April 2011

Tanda- Tanda Ajal mendekat




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran:185) 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum wbt..
Beberapa hari lepas,dikhabarkan dengan pemergian salah seorang dari ahli keluarga ku.
Semoga arwah pakcik ku ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.. Amin~
Ku yakin.. Setiap pertemuan , pasti akan ada detik perpisahan nya..
Setiap yang hidup,pasti akan pergi.. Dia sudah pergi meninggal kan kita..
Kita belum tentu bila masa nya,cepat atau lambat saja waktunya..
Bagai kumbang yang akan mati,bagai bunga yang akan layu,bagai manusia yang akan meninggalkan dunia ini..
Dari nya kita datang,pada nya juga kita kembali..
Telah termaktub dan tertuli pada luh mahfuz bila kita akan dihidupkan di dunia , bila kita akan dipertemukan dengan jodoh kita , dan bila kita akan mati meninggalkan dunia ini.Semua nya adalah qada dan qadar Allah swt.Tahukah kita bila akan ajal menjemput kita??
Bila malaikat maut menjalankan kewajiban nya untuk melepaskan jasad dan roh kita???
Tiada siapa yang tahu,kerana hanya Dia yang Maha mengetahui..

Sesungguh nya mereka yang mengingati mati itu adalah mereka yang bijak..

Kematian adalah salah satu rahsia Allah swt.Namun Tidak mustahil seseorang hambaNya tidak dapat merasakan tanda-tanda kematiannya.Allah swt bukan zalim terhadap Hambanya.Setiap apa yang terjadi diberikan tanda dan peringatan.Yakni Hari kiamat,walau tidak diberikan waktu yang tetap,namun sebelum kejadian itu berlaku di berikan kita dengan pelbagai tanda dan hintsNya.Baik tanda-tanda  kecil,mahupun tanda-tanda besar.Diberikan masa dan waktu untuk muhasabbah diri dan waktu untuk bertaubat.Betapa besar kasih sayangNya terhadap kita makhluk nya.Andai saja kita tahu untuk menghargai segala nikmat dan pemberianNya.

Adapun tanda kematian itu wujud,cuma amalan dan ketaqwaan kita lah yang akan menentukan kepekaan kita terhadap peringatan dan Hints ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat
dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran
menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.


Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya,wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. 




Adapun tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa bahagian :

Tanda 100 hari sebelum ajal tiba.
Ini adalah tanda pertama dari Allah Taala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimana semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya saja mereka sedar atau tidak.
Tanda ini akan berlaku kepastian-nya selepas waktu Asar, iaitu :
-Seluruh tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan cermat kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar tersirat di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap sia-sia begitu saja. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafa’atkan sisa umur yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum ajal tiba.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada saat itu daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah Taala. Maka malaikat Izrail pun akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan-nya ke atas kita diantaranya, Malaikat Maut/ Izrail akan mula selalu mengikuti/ mengintai kita sepanjang sisa-sisa umur kita. Dan Akan terjadi Malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu tak nampak lagi dan bila ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi berkuasa untuk mencabut nyawa bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya seizin Allah Taala.

Tanda 7 hari sebelum ajal tiba.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba dia (yang sakit) berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum ajal tiba.
Pada saat itu mereka akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu, diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini kita rasakan, maka berpuasalah kita setelah itu. supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. saat juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh ke depan (berubah menjadi agak sedikit mancung dan mengkerut.. Telingan-nya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. telapak kakinya yang terlunjur akan lemas dan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum ajal tiba.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang, iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir !!!
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bagian pusar hingga ke tulang sulbi dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian hulkum9kerongkong). Detik-detik itu hendaklah kita terus mengucap kalimat syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Izrail/ malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Taala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

---------------------------------------------
Andai ku tahu.. Ungu
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

--------------------------------------------
Menanti di barzakh.. Fareast

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2
Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
--------------------------------------------




p/s :
-Hidup ini bagai lampu dinding yang dinyalakna di malam sunyi..
Apabila minyak sudah kering ia kan pasti padam sendiri...



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pengisian yg menarik..:)